Stefanos Tsitsipas meneruskan aksi meyakinkan untuk mara ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Miami manakala Aslan Karatsev terus melakukan kejutan.

Bintang Greece, Sitsipas, dengan bersahaja meraih kemenangan straight set ke atas Damir Dzumhur malam tadi.

Pemain nombor lima dunia itu mudah meraih kemenangan 6-1, 6-4 dalam penampilan pertamanya sejak menjuarai Terbuka Mexico minggu lalu.

Tsitsipas (15-4) menjadi pemain ketiga mengumpulkan 15 kemenangan sepanjang tahun ini di belakang dua jaguh Russia, Andrey Rublev (17-3) da Danill Medvedev (15-2).

Dia akan berdepan pemain hepun, Kei Nishikori, yang menewaskan Aljaz Bedene, dalam pusingan ketiga.

Sementara itu, semifinalis Terbuka Australia dan juara Kejohanan Tenis Dubai, Karatsev, menikmati penampilan pertamanya di Miami.

Pemain pilihan ke-17 daripada Russia itu merekodkan kemenangan 6-4, 6-3 ke atas Mikhail Kukushkin untuk mencongak perhitungan dengan Sebastian Korda dalam perlawanan berikutnya.

Karatsev merekodkan 13-2 sepanjang tahun ini dan dua kekalahan itu masing-masing di tangan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic, dan juara Terbuka Amerika Syarikat, Dominic Thiem.