Naomi Osaka layak ke final kejohanan pertamanya sejak kemenangan Terbuka Australia 2021, mengalahkan Belinda Bencic 6-4 3-6 6-4 di Terbuka Miami sebentar tadi.

Penyandang juara Olimpik itu kelihatan gagah awal, mematahkan dua permainan untuk mendahului 4-1 ketika dia memanfaatkan kesilapan daripada Osaka, memenangi sembilan daripada 11 mata menerusi servis kedua wakil Jepun itu sebelum menoktahkan set pertama 6-4.

Osaka bagaimanapun memperkemaskan permainan dalam set kedua apabila menyamakan kedudukan apabila menang 6-3 sebelum meneruskan rentak cemerlang yang dipamerkan sepanjang kejohanan dengan kemenangan 6-4 sekaligus melangkah ke final bertemu Iga Swiatek dari Poland.

Bercakap di gelanggang selepas kemenangannya, Osaka penuh beremosi, menitiskan air mata sambil mengucapkan terima kasih kepada peminat yang hadir.

"Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang, suasananya sangat baik," katanya.

"Sial, saya selalu menangis. Saya cuma ingin mengucapkan terima kasih, kejohanan ini sangat bermakna bagi saya dan ini kali pertama saya ke final di sini."