Terbuka Madrid: Svitolina dikejutkan kebangkitan Teichmann, Barty teruskan kemaraan

Muzaffar Musa
April 30, 2021 02:35 MYT
Jil Teichmann menyelamatkan lima mata akhir untuk mengejutkan Elina Svitolina sebelum Ash Barty turut meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Kejohanan Tenis Terbuka Madrid malam tadi.
Teichmann mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk menewaskan pemain pilihan keempat, Svitolina, 2-6, 6-4, 7-6 dalam perlawanan pusingan awal di Caja Magica.
Pemain bukan pilihan dari Switzerland itu bangkit daripada ketinggalan satu set dan satu mata break untuk menundukkan pemain nombor lima dunia berkenaan, yang melepaskan kelebihan 5-1 dalam set penentuan.
Svitolina menyaksikan enam mata akhir dalam set penentuan menakjubkan itu, peluang yang dipersia-siakannya untuk pemain di ranking ke-40, Teichmann, memenangi penentuan tie-break bagi menamatkan penentuan selama dua jam 33 minit itu di pihaknya.

Jil the THRILL ? ?? @jilteichmann comes from 5-1 down in the final set and saves SIX match points to defeat No.4 seed Svitolina!#MMOPEN pic.twitter.com/p36TX3iCDA

— wta (@WTA) April 29, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, pemain nombor satu dunia, Barty, melebarkan rekod kemenangannya di gelanggang tanah liat kepada 12 perlawanan beturut-turut selepas menewaskan Shelby Rogers 6-2, 6-1.
Barty memenangi kejuaraan ketiganya musim ini di Stuttgart hujung minggu lalu dan pemain Australia itu hanya memerlukan sejam untuk menyingkirkan Rogers dengan hanya melepaskan dua mata ketika servis di tangannya dan tidak berdepan sebarang mata break.
#WTA #Ash Barty #Elina #Svitolina #Tenis Terbuka Madrid