Terbuka Luxemborg: Tauson-Ostapenko bertemu di final

Ammar Hakim
September 18, 2021 22:44 MYT
Pemain muda Denmark, Clara Tauson, mara ke final untuk bertemu Jelena Ostapenko, mempamerkan kualiti yang menyaksikan dia mengatasi Emma Raducanu di Chicago sebelum saingan Terbuka AS tempoh hari bermula.
Raducanu bangkit daripada kekalahan tersebut selepas tewas di final August's Challenger di Windy City, melakar kejutan dengan kejayaan di Flushing Meadows, namun seorang lagi pemain muda berusia 18 tahun dijangka bakal memberikan cabaran baginya dalam saingan utama nanti.
Tauson mengatasi bekas finalis Terbuka Perancis dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik dalam perjalanan untuk ke final Luxembourg, mengatasi Marketa Vondrousova dalam tiga set, dan perlu bertemu pemain berpengalaman Ostapenko.
Menampilkan corak permainan yang cemerlang ketika bertemu Marketa Vondrousova, sebelum melakar kemenangan 6-4, 2-6, 6-4.
Tauson bakal mengejar gelaran kedua tahun ini, selepas memenangi Terbuka Lyon Mac lalu.

Smells like teen spirit ? 18-year-old ?? Clara Tauson reaches her second WTA final of the season with a three-set victory over Vondrousova!#LuxembourgOpen pic.twitter.com/Urc9mNis6A

— wta (@WTA) September 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Tenis