Juara bertahan Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS), Dominic Thiem, terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu tahun ini gara-gara kecederaan pergelangan tangan dan terpaksa berehat sehingga 2022.

Pemain berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan berkenaan sewaktu menyertai Terbuka Mallorca pada Jun lalu sehingga terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Wimbledon dan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Thiem, yang merupakan pemain nombor enam dunia, meraih gelaran grand slam pertamanya di Flushing Meadows tahun lalu selepas menewaskan Alexander Zverev dalam aksi lima set tetapi dia kini tidak berpeluang untuk mempertahankan gelaran di New York itu tahun ini.

"Selepas menghabiskan seminggu untuk berlatih di atas gelanggang, saya masih rasakan kesakitan di pergelangan tangan dan saya tahu ia masih belum pulih 100 peratus," katanya dalam satu ciapan Twitter semalam.

"Saya berjumpa dengan doktor sekali lagi dan kami memlih untuk meneruskan rawatan konservatif dan memberikan kecederaan ini lebih masa untuk pulih

"Saya amat kecewa kerana tidak dapat melakukannya Saya masih mempunyai karier yang panjang, jadi saya hanya akan kembali beraksi apabila sudah pulih sepenuhnya dan berada dalam keadaan terbaik," katanya