Iga Swiatek berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia dengan bergaya semalam, mengatasi Karolina Pliskova tanpa kehilangan sebarang permainan dalam final Terbuka Itali.

Juara bertahan Terbuka Perancis itu cemerlang dalam perlawanan akhir, mengatasi pilihan kesembilan, 6-0, 6-0 dalam hanya 46 minit di Rome.

Pliskova tidak memiliki sebarang jawapan selepas mengalami kekalahan 'double-bagel' dalam aksi final WTA sejak 2016, ketika Anastasija Sevastova tewas kepada Simona Halep di Bucharest.

Swiatek tidak menunjukkan sebarang belas kasihan kepada lawan, hilang hanya 13 mata dalam perlawanan yang memihak kepadanya. Dia berdepan dua break points dalam permainan ketiga set kedua, namun berjaya menyelamatkannya.

Kemenangan tersebut memastikan gelaran ketiga dalam kariernya sebagai pemain muda dari Poland, yang turut cemerlang di Adelaide awal tahun ini.

"Saya benar-benar gembira. Saya agak terharu kerana pada awal kejohanan ini, saya tidak akan bermimpi untuk menang," kata Swiatek dalam wawancara di gelanggang.

"Ia sangat sukar. Kami terpaksa bertarung dengan banyak perkara.

"Karolina mempunyai prestasi hebat di sini dan pada tahun-tahun sebelumnya dia menunjukkan bahawa dia pemain yang sangat konsisten."