Reilly Opelka dari Amerika Syarikat menewaskan rakan senegaranya, John Isner, 6-3, 7-6 (9-7) untuk memenangi perlawanan akhir yang mencipta sejarah Kejohanan Gelanggang Tanah Liat Lelaki AS di Houston.

Dalam pertembungan antara dua bintang elit, ia juga merupakan pertembungan antara dua pemain tertinggi pernah bermain tenis profesional.

Opelka berjaya merakamkan kemenangan set pertama 6-3 hasil deretan pukulan-pukulan yang gagal dijawab Isner.

Isner cuba bangkit dalam set kedua apabila berjaya mengheret perlawanan ke tie-break dan saling membalas servis kencang namun Opelksa berjaya memastikan kejuaraan menjadi miliknya.