Terbuka Dubai: Kejuaraan pertama buat Karatsev pada usia lewat

Shaiful Shamsudin
Mac 21, 2021 03:17 MYT
Aslan Karatsev meraih gelaran Jelajah ATP pertamanya selepas pemain Russia itu menampilkan prestasi jitu dalam final Kejohanan Tenis Terbuka Dubai.
Pada usia 27 tahun, Karatsev menempuhi kesuraman dalam kariernya sebelum mula mengukir nama sebaik tenis kembali dipertandingkan.
Kemenangan 6-3, 6-2 ke atas Lloyd Harris dari Afrika Selatan membuka laluannya untuk menjulang trofi dan dia akan memasuki kedudukan 30 teratas esok walaupun sebelum ini langsung tidak pernah memasuki ranking dua digit.
Karatsev mara ke separuh akhir Terbuka Australia bulan lalu selepas memenangi tiga pusingan kelayakan untuk layak ke undian utama sebelum laluannya di Melbourne disekat Novak Djokovic.
Pemain kelahiran Vladikavkaz itu kemudian melakar satu lagi kemenangan membanggakan dengan menjinakkan Andrey Rublev, Jannik Sinner dan Dan Evans dalam kemaraan ke final di Dubai.

With this victory, Aslan Karatsev will break the Top 30 of the FedEx ATP rankings on Monday ? This time last year he was ranked 263 ? pic.twitter.com/RnfNDkYE9o

— ATP Tour (@atptour) March 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Juara kali pertama itu berkata di Amazon Prime: "Saya sangat gembira. Ini adalah satu pertarungan yang sengit. Saya sangat gementar. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada lawan saya atas kemaraannya. Dia melalui minggu yang hebat. Setiap final adalah berbeza jadi saya gembira kerana memenanginya."
Karatsev memperoleh beberapa keputusan memberangsangkan di peringkat Jelajah ATP tahun lalu tetapi tidak pernah mempamerkan prestasi hebat dalam kejohanan utama hingga awal 2021.
Dia sempat mengulas tentang kejayaannya yang ibarat hadir dalam sekelip mata: "Anda tidak pernah tahu bilakah ia akan muncul. Saya melaksanakan tugas yang baik di samping pasukan saya, dengan jurulatih dan inilah yang sedang kami lakukan."
#Tenis #Jelajah ATP #Aslan Karatsev #Terbuka Dubai