Pemain skuasy wanita negara, Rachel Arnold, meneruskan rentetan aksi menakjubkan selepas mencipta kejutan menewaskan pemain tuan rumah, Lucy Turmel dalam saingan Terbuka British, sebentar tadi.

Kemenangan straight set 11-4,11-6, 11-7 bermakna kini halangan besar menanti Rachel di pusingan seterusnya iaitu pemain di ranking ke-16 Jelajah Dunia PSA, Nadine Shahin dari Mesir.