Pemain nombor satu dunia, Ash Barty, lega dan gembira selepas melepasi pusingan pertama Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) meskipun menghadapi saingan sengit Vera Zvonareva hari ini.

Barty -- pemain pilihan utama yang kembali ke Flushing Meadows selepas menarik diri daripada edisi tahun lalu kerana pandemik koronavirus -- mara ke pusingan kedua selepas mencatatkan kemenangan 6-1, 7-6 tetapi juara Kejohanan Wimbledon berkenaan menghadapi waktu sukar dalam perlawanan pembukaan di New York itu.

Biarpun Barty merekodkan 11 ace -- mengumpulkan rekod tertinggi sebanyak 300 ace sepanjang Jelajah WTA 2021 -- dan 11 winner, pemain veteran, Zvonareva, terbukti lawan yang sukar buat bintang Australia itu.

Dia berkata kepada wartawan: "Amat jelas ia sememangnya perlawanan yang sukar menentang Vera.

"Dia peserta yang amat berpengalaman. Dia tahu bagaimana untuk bersaing dalam perlawanan ini.

"Saya fikir secara keseluruhan, saya agak perlahan dalam membiasakan diri dengan keadaan daripada apa yang aya mahukan (tetapi) kami dapat melaluinya.

"Kami berpeluang untuk memperbaikinya dalam pusingan seterusnya," katanya.