Rafael Nadal melaungkan amaran buat pesaing Terbuka Australia selepas merakamkan kemenangan straight set ke atas Tomas Berdych untuk mara ke separuh akhir.

Pemain nombor dua dunia dan bintang Sepanyol, Nadal, mudah mengatasi Berdych 6-0, 6-1, 7-6 (7-4) di Melbourne sebentar tadi.

Nadal memenangi sembilan permainan berturut-turut untuk memulakan saingan pusingan 16 itu sebelum mencipta satu lagi kemenangan selesa ke atas Berdych.

Mara ke pusingan suku akhir buat kali ke-11 dalam Terbuka Australia dan yang ke-37 dalam semua kejohanan utama, juara grand slam 17 kali itu bakal berdepan Frances Tiafoe dalam separuh akhir.

Untuk rekod, Berdych hanya memenangi satu daripada 22 perlawanan berdepan lawan dalam kelompok lima pemain terbaik dunia.

Kemenangan itu hadir pada 2017 dan wakil Republik Czech itu terus bergelut gagal membalas pukulan demi pukulan berkualiti daripada Nadal di Arena Rod Laver.

Nadal hanya berdepan satu break point dalam permainan pertama sebelum menemui rentak dan menamatkan set pertama dalam tempoh 27 minit.

Ia merupakan pertembungan ke-24 buat kedua-dua pemain itu dan yang pertama sejak empat tahun lalu dan ia berakhir memihak kepada Nadal yang berada di landasan terbaik untuk merangkul gelaran grand slam ke-18 sebagai permulaan terbaik musim 2019.