Terbuka Australia: Medvedev sahkan penyertaan di sebalik isu vaksin

Muzaffar Musa
November 10, 2021 03:49 MYT
Daniil Medvedev mengesahkan bahawa dia akan menyertai Kejohanan Tenis Terbuka Australia tahun depan walaupun perdebatan mengenai penguatkuasaan undang-undang vaksinasi COVID-19 masih berlarutan.
Medvedev tewas kepada Novak Djokovic dalam final kejohanan itu tahun ini walaupun pemain Russia berkenaan menikmati musim yang cukup gemilang.
Dia memenangi empat gelaran, termasuk grand slam pertamanya dengan menewaskan Djokovic dalam Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada September lalu, sekali gus menghalang lawannya itu daripada menyapu bersih kesemua kejuaraan grand slam musim ini.
Djokovic dan Medvedev sekali lagi bertemu dalam final Masters Paris hujung minggu lalu tetapi kali ini, pemain nombor satu dunia itu melunaskan dendamnya untuk meraih kejuaraan keenam dalam kejohanan itu dan merekodkan gelaran ATP 1000 buat kali ke-37.
Medvedev kelihatan tidak komited untuk mengambil vaksin COVID-19, yang berkemungkinan akan menjadi keperluan buat setiap pemain untuk menyertai Terbuka Australia, tetapi memadamkan keraguan mengenai penyertaannya dalam kejohanan itu menerusi satu ciapan Twitter: "Jumpa anda pada Januari nanti @AustralianOpen."

See you in January! ❤️ @AustralianOpen pic.twitter.com/PByYSBmFUJ

— Daniil Medvedev (@DaniilMedwed) November 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ATP #Tenis #Grand Slam #Daniil Medvedev #Tenis Terbuka Australia