Maria Sakkari tidak menunjukkan sebarang belas ketika memulakan kempen Kejohanan Tenis Pusingan Akhir WTA dengan kemenangan selesa 6-2, 6-4 ke atas Iga Swiatek yang kelihatan beremosi di penghujung pertarungan.

Ia merupakan kemenangan kelapan Sakkari ke atas lawan yang dalam kelompok 10 terbaik musim ini -- catatan terbanyak daripada mana-mana pemain dalam Jelajah WTA -- dan kemenangan itu membawanya kepada rekod 3-0 ke atas Swiatek tahun ini.

Sakkari yang terkenal dengan permainan berkeamatan tinggi dan kegigihannya kelihatan lebih cepat menyesuaikan diri dengan keadaan dan ketinggian paras laut di Guadalajara, Mexico, tatkala seterunya itu kelihatan lesu dalam set pertama.

Ia amat ketara dalam servis kedua pemain berusia 20 tahun itu yang menyaksikan Sakkari mendapatkan kelebihan awal.



Swiatek cuba bangkit tetapi ia tidak bertahan lama seperti sebagaimana dia menghasilkan pukulan kilas yang mengagumkan dalam game kelima, tetapi tidak lama kemudian mendapati dirinya ketinggalan 2-5.

Sakkari pantas menyudahkan set pertama itu tetapi Swiatek enggan menyerah dengan mudah dengan meningkatkan tentangan dalam set kedua.

Bagaimanapun, perubahan itu masih belum cukup apabila dia terus dibayangi Sakkari yang semakin mengorak langkah 4-3 di depan.

Sakkari menamatkan perjuangan seterunya itu dengan servisnya yang menyaksikan Swiatek sempat menangis selepas didapati melanggar kod perlawanan kerana memalingkan badannya dalam usaha terakhirnya mendapatkan semula ketenangan apabila tidak rela tunduk kepada lawannya itu begitu sahaja.