Pasangan adik-beradik, Tan Yee Chun dan Tan Chee Min, mengakui persefahaman tinggi bakal memainkan peranan penting dalam usaha mereka mempamerkan aksi terbaik menjelang saingan Sukan SEAFilipina, bulan depan.

Selepas 12 tahun tidak beraksi dalam Sukan SEA -- kali terakhir Malaysia meraih pingat dalam temasya 2007 di Korat, Thailand -- skuad sukan tarian negara bertekad untuk meraih pingat di Filipina memandangkan Malaysia akan mengambil bahagian dalam dua kategori, latin dan standard.

Bagi Yee Chun, sukan tarian sememangnya memerlukan minat yang mendalam sebelum dapat memahami setiap konsep dalam gerakan dilakukan.

"Kami bermula dengan tarian latin, kemudian ditambah dengan jurulatih kedua yang menjadi pengendali kami ketika ini," katanya dalam temu bual [email protected] hari ini.

"Pada mulanya, saya tidak begitu suka tetapi lama-kelamaan, ia berubah. Saya meletakkan banyak usaha dan berlatih. Saya telah ke banyak studio untuk memperbaiki teknik."

"Saya fikir kami memiliki persefahaman yang baik. Memang ada waktu kami bertelagah mengenai prestasi tetapi itu perkara biasa. Akan ada salah seorang daripada kami yang mengalah," tambah adiknya, Chee Min.