Pemanah recurve para negara, S. Suresh, tidak dapat menyembunyikan kegembiraan setelah menjuarai acara recurve lelaki terbuka dalam Kejohanan Memanah Para Dunia 2019 di Hertogenbosch, Belanda, semalam.

Pemanah berusia 25 tahun itu meraih pingat emas selepas menumpaskan wakil Amerika Syarikat, Eric Bennett, 7-3 dalam final setelah mengatasi Bato Tsydendorzhiev dari Russia 7-3 di peringkat separuh akhir.

Kemenangan itu menyaksikan dia mengesahkan tempat ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan bagi Suresh, kejayaan memenuhi sasaran yang diletakkan sebelum ke Belanda merupakan satu kemenangan yang terlalu besar buat dirinya.

"Perasaan saya sekarang terlalu gembira. Tidak tahu apa ingin dikatakan. Terlalu gembira kerana terlalu gembira. Ia kali pertama dan sememangnya sasaran saya mendapatkan emas," katanya.

"Saya sudah dapatkannya untuk pasukan saya serta negara. Saya terlalu gembira."