Kontinjen Wilayah Persekutuan mula mengorak langkah untuk membuat persediaan awal menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2022 dengan menubuhkan kem latihan berpusat di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Ia membabitkan 399 atlet serta 52 jurulatih untuk 19 jenis sukan dengan membawa semua kemudahan ke hotel itu.

Ia sebagai projek perintis yang bermula semalam dan akan berakhir Khamis ini yang dalam pertimbangan untuk meneruskan beberapa siri kem serupa seandainya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berterusan.

"Apabila KBS (Kementerian Belia dan Sukan) membenarkan perkara ini, ia dianggap langkah terbaik.

"Kami perlu berlatih, kami mempunyai matlamat untuk Sukma 2022.

"Kami perlu menang," kata Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar.

Sementara itu, atlet karate, G Dharshini, dan atlet e-sukan, Muhd Alif Najmi, menyifatkan langkah ini sebagai satu proaktif di sebalik penularan COVID-19 biarpun temasya berkenaan hanya akan dilangsungkan dua tahun lagi selepas edisi tahun ini dibatalkan akibat pandemik tersebut di sebalik telah menundanya ke April 2021.