Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) memutuskan temasya edisi ke-20 di Johor yang sepatutnya diadakan April tahun depan ditunda ke 2022 ekoran penularan COVID-19.

Ini kali ketiga temasya Sukma itu ditunda, antara faktor lain ialah jadual padat tahun depan selain pertembungan dengan bulan puasa.

"Di sebalik permintaan tuan rumah untuk batalkan temasya ini, Johor menawarkan kesediaan untuk tetap anjurkannya pada 2022 kerana 99 peratus kemudahan yang telah siap selain kos yang sudah dikeluarkan.

"Johor masih berharap dapat melangsungkan Sukma terbaik dalam sejarah penganjurannya, sebab itu kami gunakan perkataan penangguhan dan pembatalan.

"Ini bermakna atlet yang dalam senarai panjang pertandingan itu ketika ini masih berpeluang (untuk turut serta) dan ini akan diperhalusi oleh jawatankuasa teknikal, kami masih ada masa," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Putrajaya hari ini.

Mesyuarat itu turut memutuskan tuan rumah Sukma dipilih berselang-seli dengan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menjimatkan kos.

Ini bermakna, MSN akan jadi penganjur Sukma 2024 diikuti Kelantan pada 2026 sebelum kembali kepada MSN, dua tahun berikutnya.


JOHOR TETAP BERSEDIA UNTUK MENGANJURKAN SUKMA DAN PARA SUKMA KE-20 PADA TAHUN 2022 Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi...

Posted by SUKMA XX JOHOR 2020 on Sunday, November 8, 2020