Skuad ragbi 7's Terengganu menyasar sekurang-kurangnya meraih podium dalam Sukan Malaysia (Sukma) Johor tahun depan.

Menurut jurulatihnya, Izaimi Zainuddin, skuad Hanelang bakal mempertaruhkan barisan pemain muda yang rata-ratanya dibarisi muka baru.

"Program ini telah bermula sejak 2018 tapi (berdepan kekangan) disebabkan COVID-19, beberapa tidak lagi dapat meneruskan latihan kerana komitmen belajar dan kerja.

"Jadi kami telah mengambil pemain remaja B-18 dan 19 untuk mengisi tempat pemain senior dengan sasaran menyertai Sukma 2022 dan 2024.

"Sasaran kami pada tahun depan ialah menaiki podium," kata jurulatih, Izaimi Zainuddin di Nadi Arena hari ini.

Untuk rekod, Terengganu memungut pingat perak dalam Sukma 2018 apabila terpaksa akur tewas kepada kelantan 19-0 di pentas final.