Muhammad Ziyad Zolkefli bakal mencipta sejarah apabila menjadi wakil tunggal para negara yang akan mencabar atlet normal dalam Sukan SEA Filipina, November depan selepas jaguh lompat jauh, Abd Latif Romly, menarik diri.

Ziyad sekali lagi akan beraksi dalam temasya dwitahunan itu selepas membuat penampilan sulungnya dalam acara lontar peluru di Kuala Lumpur dua tahun lalu.

Kejayaan itu sekali gus mencatatkan dua sejarah baru, iaitu sebagai atlet para pertama menyertai Sukan SEA dan sekali lagi akan membuat penampilan di Manila 30 November depan.

Atlet berusia itu 29 tahun itu bakal menghadapi Kejohanan Olahraga Para Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi acara lontar peluru F20 terlebih dahulu yang dijadualkan berlangsung 7 hingga 15 November depan dalam usaha mempertahankan pingat emas yang diraih di London dua tahun lalu.

Ikuti laporan penuh dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.