Barisan atlet negara peserta Sukan SEA Kuala Lumpur mula tiba di ibu negara hari ini, dengan skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) Vietnam adalah yang pertama tiba menerusi penerbangan dari Busan, Korea Selatan.

"Saya percaya pemain-pemain kami sudah bersedia untuk Sukan SEA kali ini.

"Kami menjalani persiapan baik di Busan sebelum ke Kuala Lumpur.

"Ya, kami berada dalam kumpulan sukar tetapi bagi saya, setiap pasukan mempunyai peluang sama rata untuk mara jauh," ujar ketua jurulatih skuad B-22 Vietnam, Nguyen Huu Tang.

Saingan Kumpulan B yang dilabel kumpulan maut akan bermula pada 15 Ogos membabitkan pertemuan dua gergasi, Indonesia dan Thailand, manakala Vietnam menentang Timor Leste dalam aksi sebelah petang.