Vietnam sedang mempertimbangkan untuk menambah empat sukan lagi bagi menghangatkan penganjuran Sukan SEA edisi ke-31.

Jiujitsu, e-sukan, triatlon dan boling tenpin merupakan sukan yang dikhabarkan berpeluang cerah untuk tersenarai dalam temasya yang diadakan hujung tahun depan itu selain 36 jenis sukan yang sah dipertandingkan.

Kedudukan sukan-sukan itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) bulan depan, justeru Pengerusi Suruhjaya Atlet Malaysia, Shalin Zulkifli, menggesa atlet sukan masing-masing supaya menggerakkan kempen bagi mencerahkan peluang ia dipertandingkan dalam temasya di Hanoi itu.

"Kalau boleh atlet yang terdiri daripada empat jenis sukan ini perlu giat melobi seperti di sosial media.

"Langkah itu mungkin akan memberi lebih pendedahan kepada pemegang taruhan yang lain untuk sama-sama membantu berjuang bagi memastikan sukan-sukan ini dipilih dalam Sukan SEA.

"Mungkin ia akan membantu mereka membuat satu keputusan yang tepat November kelak," katanya ketika dihubungi wakil Astro Arena, Bazly Azmi, hari ini.

Ban Tuyên giáo Trung ương vừa có công văn phúc đáp Bộ VHTTDL về việc xem xét, thẩm định mẫu biểu trưng, biểu tượng vui...

Posted by SEA GAMES 31 on Wednesday, October 14, 2020