Pemanah compound negara, Saritha Cham Nong, menyuarakan rasa gembira apabila pasukannya diletakkan sebagai prospek penyumbang pingat emas sulung negara dalam Sukan SEAKuala Lumpur 2017 kerana ia peluang membuka mata rakyat Malaysia bahawa mereka setanding skuad recurve.

Skuad compound negara kurang diberi tumpuan berbanding pemanah recurve yang bertanding dalam Sukan Olimpik.

Peluang sebagai prospek penyumbang emas sulung negara perlu digunakan sebaik mungkin untuk membuktikan reputasi mereka.

Jadi, perasaan gembira lebih banyak mengatasi tekanan.

"Ini merupakan satu peluang buat skuad memanah compound negara meraih pingat buat Malaysia dalam Sukan SEA nanti," kata Saritha.

Skuad compound menyumbang empat emas dalam Sukan SEA Singapura dua tahun lalu sebelum recurve meraih satu emas dalam acara berpasukan lelaki.

Ia menyaksikan Malaysia muncul juara keseluruhan acara itu dengan lima emas, tiga perak dan dua gangsa.

"Kami mengharungi prestasi yang cemerlang dan skuad memanah compound negara mampu meraih pingat emas buat negara," ujar pemanah compound negara, Ghazali Alang Arif Aqil.

"Saya tidak terlalu memikirkan mengenai pingat emas pertama buat negara tetapi apa yang penting adalah tumpuan kami kepada aspek teknikal harus dipertingkatkan," jelas jurulatih memanah compound negara, Zaki Mahazan.