Skuad chinlone negara berdepan tugas getir untuk melaksanakan impian meraih pingat emas pertama buat Malaysia apabila memulakan aksi dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, esok.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2013, skuad negara gagal menamatkan saingan dengan kilauan emas apabila terus kempunan selama empat tahun.

Justeru, tiga tenaga pakar dari Myanmar yang juga pemenang pingat emas dalam Sukan SEA 2013 telah dibawa masuk bagi memantapkan lagi persiapan skuad negara.

"Saya berasa bangga kerana dalam kalangan semua pemain, saya merupakan tonggak paling muda.

"Bukan senang nak merebut tempat," kata pemain chinlone negara, Hidayat Ar-Rashid.

Biarpun dibarisi ramai tonggak baru yang mentah pengalaman dalam temasya kali ini, ia bukan satu kelemahan, sebaliknya menandakan chinlone sedang berada dalam proses evolusi untuk muncul kuasa baru bagi acara ini dan perkara itu diakui oleh seorang lagi pemain negara, Wan Muhammad Syazwan.

"Pentingnya pingat emas pertama ini adalah untuk memberi semangat kepada kontinjen negara untuk mendapatkan status juara keseluruhan," katanya.