Atlet menembak negara, Choo Wen Yan, tidak menolak berasa gusar di atas penularan wabak denggi ketika ini.

Menurutnya, sebelum ini kes denggi melibatkan atlet jarang berlaku di kediaman mereka dan hanya melibatkan kawasan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) sahaja.

Kes demam denggi semakin serius apabila turut menjangkiti pelumba berbasikal trek negara, Muhd Arfy Qhairant Amran, yang telah ditempatkan di Hospital Serdang sejak 29 Januari lalu.

Arfy, yang dijangkiti demam denggi ketika menetap di asrama SSBJ, dilaporkan masih lagi belum stabil.

"Sebelum ini, saya tinggal di asrama SSBJ, kebersihan agak kurang berbanding pusat penginapan atlet di MSN (Majlis Sukan Negara).

"Belum pernah berlaku kes denggi di penginapan MSN.

"Lagipun, dengan Sukan SEA yang semakin dekat, saya bertambah risau."