'Saya terkilan', itu pengakuan jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, apabila namanya tidak tersenarai untuk ke Sukan SEA Vietnam Mei depan ketika dia mengidamkan penampilan terakhir sebelum mengumumkan persaraan.

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memutuskan untuk memilih atlet kelahiran Sabah, Mohd Eizlan Dahalan, bagi mengiringi Nauraj Singh yang layak secara merit ke temasya dwtahunan itu.

Keputusan itu sekaligus menyaksikan hasrat Olimpian berusia 35 tahun itu untuk pertahan emas dimenanginya di filipina tidak tercapai.

Ketika ditanya berkenaan perancangannya, Hup Wei, memberikan bayangan akan mengumum persaraan dalam masa terdekat di samping berhasrat untuk menubuh akademi lompat tinggi miliknya sendiri.

Untuk rekod, Hup Wei sudah menabur bakti dalam arena lompat tinggi selama 18 tahun dengan enam penampilan Sukan SEA serta tiga penampilan Sukan Olimpik dengan terbaru di Tokyo 2020.