Pusat Gimnasium Bac Tu Liem menjadi saksi kemaraan pesilat negara, Luqman Laji yang menempah tiket ke separuh akhir apabila mengetepikan cabaran pesilat tuan rumah, Vi Tien Dung.

Namun hasrat Luqman untuk beraksi di persembahan penentuan emas tidak tercapai apabila tewas kepada Chomsy Sayasan dari Laos.

Bagaimanapun, format temasya kali ini yang memperuntukkan pingat gangsa bersama bagi kedudukan ketiga dan keempat jadi penawar kekecewaannya.