Penjaga gol, Hazrul Faiz Ahmad Sobri, menganggap penganjuran hoki dalam dewan ketika Sukan SEA Hanoi 2021 boleh menjadi pemangkin kepada perkembangan skuad hoki dalam dewan negara.

Demi membawa cabaran yang lebih mantap dalam misi ke Vietnam itu, impian untuk mewujudkan program latihan sepenuh masa bergantung kepada keputusan minggu depan.

"Sangat susah untuk dapatkan pasukan antarabangsa (untuk mengadakan perlawanan persahabatan) sebab perlawanan hoki dalam dewan di Malaysia sangat terhad.

"Jadi dengan penganjurannya dalam Sukan SEA, ia boleh meningkatkan perkembangan sukan itu di sini," katanya ketika dihubungi Astro Arena hari ini.

Tambahnya, penganjurannya di rantau ini juga akan menjadi penentu terhadap misi mencipta sejarah lebih besar iaitu layak ke Piala Dunia Hoki Dalam Dewan di Belgium 2022.

"Untuk misi melayakkan diri ke Piala Dunia, Sukan SEA ialah langkah pertama yang perlu dihadapi ."