Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet Sukan SEA Hanoi hari ini menyaksikan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) meletakkan sasaran tertinggi dengan lapan pingat emas di Vietnam, November depan.

Ia susulan prestasi meyakinkan juara bertahan temasya itu seperti jaguh lompat tinggi, Lee Hup Wei, dan atlet lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail.

Lebih menarik, KOM turut menyenaraikan ratu pecut, Zaidatul Husniah Zulkifli, yang belum pulih kecederaan lutut 'ACL'.

"Kami harap kali ini dapat lima (emas) dan maksimum lapan daripada acara lompat tinggi, lompat tinggi, lompat jauh, lempar cakera malah baling tukul besi menerusi kategori wanita," kata Presiden KOM, Datuk SM Muthu, di Wisma MOM hari ini.

Posted by SEA Games 2021 on Saturday, October 12, 2019



Begitupun, situasi berbeza melanda Persekutuan Karate-do Malaysia (MAKAF) apabila kecederaan melanda pemenang pingat temasya, Prem Kumar, R Sharmendran dan terbaru, masalah lutut menimpa M. Mathivani apabila mampu menggugat misinya untuk mengulangi kejayaan memungut empat emas, dua tahun lalu.

"Kami sentiasa menyasarkan untuk muncul juara keseluruhan.

"Ia bukan mengenai berapa banyak emas yang dimenangi sebaliknya di mana kedudukan anda.

"Sekalipun seseorang atlet itu memenangi dua emas tetapi masih mampu dianggap sebagai yang terbaik dalam Sukan SEA, ia pencapaian yang bagus.

"Kami akan menghantar kontinjen yang terdiri daripada 50 peratus muka baru," kata Timbalan Presiden MAKAF, Datuk Vincent Chen.

Ia belum ditambah dengan perubahan barisan kejurulatihan acara kata, sekali gus sasaran buat karate belum lagi diumumkan.

Sementara itu, program latihan berpusat atlet negara di empat venue Majlis Sukan Negara (MSN) ditamatkan.

Ini bermakna sekitar 600 atlet dan jurulatih negara dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing bermula esok selepas menghabiskan tempoh lebih dua bulan berlatih secara kem kuarantin.

Ketika ini, terdapat empat venue menjadi kem latihan MSN iaitu Bukit Jalil, Bukit Kiara, Kampung Pandan dan Langkawi, Kedah.