Jawapan itu diberikan kepada Mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) yang dipengerusikan oleh Tunku Imran Tuanku Ja'afar, hari ini.

Isu kewangan dan keselamatan membuatkan negara itu mempertimbangkan untuk menarik diri.

Namun, selepas berbincang dengan kerajaan mereka semalam, Filipina akhirnya membuat keputusan untuk kekal menganjurkan temasya itu, dua tahun lagi.