Jurulatih muay thai negara, Bernard Radin, memuji kekuatan mental anak buahnya yang melewati latihan harian seperti biasa walaupun menjalani ibadah puasa ketika ini.

Latihan skuad muay thai negara melibatkan latihan fizikal yang berat.

Memasuki bulan puasa, tiada perubahan masa latihan dilakukan, namun itu tidak menghalang atlet negara meneruskan ibadah puasa harian mereka.

Bernard sendiri memuji kekuatan mental yang dimiliki anak buahnya, yang tidak terkesan dengan kesukaran yang dihadapi mereka sepanjang Ramadan.

"Atlet-atlet memiliki kekuatan mental yang kuat, mereka memiliki sasaran untuk mencipta kejayaan dalam Sukan SEA nanti, tetapi kami tidak boleh terlalu menekankan kepada latihan kecergasan," katanya.

Dalam pada itu, Bernard tidak mahu terlalu memikirkan kekuatan pihak lawan sambil menegaskan beliau memiliki maklumat penting setiap lawan dan akan menyerap taktikal berbeza mengikut kesesuaian pihak lawan sepanjang saingan nanti.

"Setiap negara memiliki keunikan tersendiri. Sebagai contoh, Thailand memiliki serangan menggunakan kaki yang berkualiti manakala Filipina menekankan serangan menggunakan tangan, dan kami cuba memastikan setiap asakan ini mampu dibaca oleh atlet negara."