Skuad memanah paralimpik negara sedang bersiap sedia untuk memburu slot terakhir ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Mereka bakal mempertaruhkan dua pemanah, iaitu Hasihin Sanawi, dalam acara compound individu lelaki sementara Nur Jannatun Abdul Jalil bagi acara recurve individu wanita dalam satu kejohanan di Republik Czech. Julai depan.

Malaysia sebelum ini sudah pun mempunyai wakil menerusi S. Suresh yang muncul juara dunia dan juara Kejohanan Asia, Wiro Julin, dalam acara compund individu lelaki.

"Sekiranya mereka layak, kami akan ada tambahan atlet maknanya empat wakil, iaitu dua atlet recurve lelaki sementara satu compound lelaki dan wanita.

"Dalam edisi Rio 2016, kami hanya ada dua wakil," kata jurulatih memanah paralimpik negara, Marzuki Zakaria.