Sekalipun masih dibelenggu kesakitan dengan kecederaan lama di bahagian tumit, Latif Romly kekal positif demi mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik Rio yang digondol lima tahun lalu.

Pemilik rekod dunia, 7.64m, lompat jauh T20 itu turut mengakui terpaksa berkorban jiwa dan raga dalam persiapan ke edisi di Tokyo yang bermula 24 Ogos depan.

"Tahun ini saya betul-betul berkorban. Dekat tujuh bulan tidak jumpa keluarga. Sudah lama tidak merasa makanan kegemaran yang emak buatkan," katanya dalam Nadi Arena sebentar tadi.




Biarpun jurulatihnya, Shahrul Amri, meletakkan sasaran peribadinya, 7.85m, ke atasnya dalam misi mengekalkan emas, Latif sebaliknya menaikkan tahapnya kepada 8m.

"saya sendiri sasar 8m. Saya yakin untuk melakukannya sebab aspek seperti kekuatan sudah meningkat."