Sukan Para ASEAN: MPM beri cadangan agar temasya tidak ditunda

Shaiful Shamsudin
Jun 18, 2021 13:18 MYT
Malaysia menjadi negara pertama yang menyuarakan kebimbangan status Sukan Para ASEAN di Vietnam yang dijadualkan berlangsung 17 hingga 23 Disember.
Ia susulan tuan rumah bercadang untuk menunda dua kejohanan sukan berikutan kebimbangan terhadap situasi COVID-19 yang masih belum reda.
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) tidak bersetuju seandainya ia ditunda selepas Sukan Para ASEAN Manila 2019 juga dibatalkan.

#powelifting #kualalumpur Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yakin kontinjen negara akan melakukan lebih banyak kejutan pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo, Ogos depan. https://t.co/FyYeaqqjJb

— Harian Metro (@hmetromy) May 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Delegasi Sukan Para ASEAN akan kembali bersidang dalam tempoh dua minggu lagi untuk membincangkan isu ini.
Malaysia mengharapkan negara jiran lain turut senada dengan pendirian mereka.
"Kami mempunyai lebih 100 atlet yang tertunggu-tunggu untuk mengambil bahagian.
"Kalau tidak atlet akan putus asa, tiada aktiviti.
"Kami pernah mencadangkan supaya beberapa negara boleh menganjurkan sebahagian daripada acara.
"Sekurang-kurangnya atlet para negara dapat mengambil bahagian dan menunjukkan kehandalan mereka," kata Setiausa Agung MPM, Datuk S. Subramaniam.

Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) secara tidak rasmi pilih dua individu untuk galas tugas sebagai Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Para ASEAN Vietnam 2021 yang dijadualkan pada hujung tahun ini - Presiden, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudinhttps://t.co/PjANngvfkw pic.twitter.com/013Wh6cCSt

— BERNAMA Radio?? (@bernamaradio) April 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Paralimpik #Sukan Para ASEAN