Penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee dan Nur Dhabitah Sabri, memiliki peluang terbaik untuk mengekalkan rekod penyertaan mereka dalam acara 3 meter papan anjal seirama Sukan Olimpik sejak 2012.

Menjelang edisi di Tokyo hujung Julai depan, tiga pasukan gergasi, iaitu China, Korea Utara dan Australia tidak akan mengambil bahagian dalam saingan Piala Dunia Terjun di Tokyo bermula esok -- kejohanan kelayakan ke Sukan Olimpik.

Berdasarkan kedudukan semasa, empat negara iaitu China, Kanada, Mexico dan tuan rumah, Jepun, telahpun mengesahkan kelayakan dan gandingan negara itu perlu berada dalam kelompok empat negara terbaik yang belum layak untuk ke temasya terbesar itu.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, Nur Dhabitah berkata: "Esok merupakan hari pertama saingan kami di Tokyo dan kami mahu memenanginya.

"Kami akan mencuba yang terbaik untuk layak dalam acara ini," katanya.