Jurulatih gimnastik artistik lelaki negara, Ng Shu Liang, menegaskan anak buahnya, Jeremiah Loo, ke Sukan Olimpik Tokyo, yang bermula 23 Julai hingga 8 Ogos depan, bukan sekadar sebagai pelancong.

Jeremiah yang melakukan kejutan untuk layak akan bertanding dalam semua disiplin sementara pungutan mata akan dikira dalam acara all-around.

Malah, jurulatihnya itu mencabar Jeremiah untuk mengatasi pencapaian adiknya, Shu Wai, yang menamatkan kempen all around Sukan Olimpik Athens 2004 di tangga ke-38 daripada 98 peserta yang bertanding.

Ia susulan status Jeremiah yang hanya pakar dalam satu acara, iaitu kekuda berpelana.

"Dia akan ke sana untuk bersaing.

"Ini peluang keemasannya menjadi wakil kedua negara ke Sukan Olimpik selepas Shu Wai.

"Saya harap setidak-tidaknya dia dapat capai sesuatu.





"Dia sedang fokus kepada dua acara iaitu palang bertingkat dan lantai selepas pulih daripada kecederaan.

"Ini satu cabaran untuknya sebab banyak bahagian dalam rutinnya yang telah ditingkatkan.

"Rutin ini belum pernah dipersembahkan dalam apa-apa pertandingan," kata Shu Liang dalam Nadi Arena sebentar tadi.