Usaha Kesatuan Renang Malaysia (MS) untuk menyenaraikan Cheong Jun Hoong seorang lagi penerjun lelaki negara, Mohd Syafiq Puteh, Sukan Olimpik Tokyo 2020 gagal berikutan perubahan peraturan.

(Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) memutuskan hanya 15 penerjun terbaik setiap kategori acara individu dalam Kejohanan Piala Dunia Tokyo pada bulan lalu akan beraksi dalam temasya itu.

Jun Hoong meraih tangga ke-18 10m individu platform sementara Syafiq di tempat ke-23 saingan 3m individu papan anjal.

"Sayangnya buat masa ini mereka tidak layak ke Sukan Olimpik Tokyo.

"Selepas beraksi dengan cemerlang di peringkat awal dalam Piala Dunia, (prestasinya merudum) dalam separuh akhir ketika cuba meningkatkan darjah kesukaran tekniknya.

"Kalau dia mara ke final, tiketnya ke Sukan Olimpik pasti terjamin.

"Gagal mencapai sasaran kelayakan kali ini menyedarkan kami untuk berbuat sesuatu bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.

"Kami perlu membuat perancangan dengan teliti ," kata Setiausaha Agung, Mae Chen.






Sementara itu, jurulatih Jun Hoong tidak membuat perancangan dalam masa terdekat memandangkan khidmatnya akan tamat tempoh beberapa bulan lagi.

"Kontrak saya akan berakhir September depan.

"Kalau ia ditamatkan lebih awal, tiada masalah. Mungkin saya akan kembali ke China, berehat.

"Tumpuan saya ialah bantu kelayakannya dan selepas ini, siapa tahu kalau ada perubahan," kata Zhu Liang.