Pelayar negara, Juni Karimah Noor Jamali, amat teruja untuk bersaing dalam kategori International 470 Sukan Olimpik Tokyo 2020, bulan depan.

Ia akan menjadi penampilan sulungnya dalam temasya di Jepun tetapi kekangan untuk menguji prestasi sebenar sukar ekoran COVID-19.

Bagaimanapun, Juni yakin kemarau pertandingan bukan halangan buatnya dan gandingannya, Nuraisyah Jamil, dalam mencapai potensi maksimanya.

"Saya sangat gembira dan teruja dapat bersaing.

"Kami tidak menyertai mana-mana kejohanan kerana kebanyakkannya dibatalkan atau ditangguhkan, jadi kami mengadakan latihan di Langkawi

"Ketika ini kami menjalani latihan terperinci. Jurulatih menegur (aspek) kelemahan kami.

"Yang mana (aspek) yang baik kami cuba tingkatkan lagi sementara kesilapan perlu dielakkan.

"Kami menyasarkan tangga ke-15 terbaik."