Hasrat Qabil Ambak Mahamad Fathil dan kudanya, Delatio, untuk mencipta sejarah menjadi ekuin pertama Malaysia yang beraksi dalam Sukan Olimpik tidak tercapai.

Qabil Ambak kekurangan dua mata daripada 66 mata minimum yang perlu dicapainya dalam acara individu dressage Le Mans, Perancis, semalam.

"Saya kekurangan masa untuk membuat persiapan, tidak sempat serasi dengan kuda (ditunggangi).

"Sudah setahun setengah saya tidak berlatih.

"Saya kurang keserasian dengannya. Pergerakan dan rutinnya tidak lancar," katanya dalam Nadi Weekend sebentar tadi.




Di sebalik kesedihan dalam kegagalan untuk meraih slot ke Sukan Olimpik Tokyo yang bermula 23 Julai depan, dia tetap berpuas hati dengan kempen kelayakkannya.

"Sudah tentu saya berasa sedih tapi saya faham banyak halangan yang harus saya perlu dilalui.

"Ia perkara yang agak mustahil tapi saya tetap mencuba. Saya tidak akan rasa puas hati kalau tidak mencuba.

"Saya tidak berasa kesal memandangkan telah cuba yang terbaik."