Brisbane secara rasmi disahkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2032.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memilih negeri Queensland sebagai calon pilihannya dan tiada tuan rumah lain yang dipertimbangkan.

Brisbane merupakan yang pertama membuat tawaran untuk memenangi hak sebagai tuan rumah yang tidak dicabar sejak edisi 1984 diadakan di Los Angeles.

Tawaran itu mencadangkan 32 venue dengan stadium The Gabba -- gelanggang kriket antarabangsa yang terkenal -- sedia dinaik taraf sebagai sebahagian daripada cadangan berkenaan.




Gabba bersedia untuk menjadi tuan rumah upacara pembukaan dan penutup selain acara olahraga.

India, Indonesia, Qatar, Jerman dan Sepanyol masing-masing berminat untuk menganjurkan temasya sukan terbesar itu tetapi gagal mendapat persetujuan lembaga IOC.

Australia telah mengadakan Sukan Olimpik sebanyak dua kali iaitu di Melbourne (1956) dan Sydney (2000).

Sukan Olimpik seterusnya akan beralih ke Paris pula pada 2024 disusuli Los Angeles (2028) sebelum Brisbane, empat tahun kemudian.