Trio muda Perak, Meor Mohd Zulfikar Mat Amin (tekong), Hafiz Zulkifli (apit kiri) dan Fadzil Mustapha (apit kanan) terus yakin untuk melakukan aksi memukau dalam Liga Sepaktakraw (STL) Divisyen 1 di Stadium Tertutup Serdang Jaya (MPSJ) Selangor.

The Bos Gaurus melakar kemenangan keatas Perlis 2- 0 sebelum membenam pasukan pilihan Selangor 2-1 dalam pertemuan awal minggu lalu.

Menurut pengurus pasukan Syamsul Istar Ibrahim Istar, pasukan Perak kali ini dibarisi pemain muda dan persembahan mereka tidak mengecewakan malah telah melakukan kejutan dalam kejohanan ini.

Nasihat Syamsul "jangan sesekali selesa kerana negeri lain pasti berwaspada dan melakukan apa yang patut untuk menang jika bertemu Perak.

Lagipun perjalanan masih jauh. Tumpukan satu permainan dalam satu masa", ujarnya lagi.

Perak kini dikedudukan ke 4 dalam Liga STL Divisyen 1.