Sree Abiraame rayakan Deepavali di perantauan pada usia muda

Muzaffar Musa
November 4, 2021 14:17 MYT
Atlet luncur ais cilik negara, C. Sree Abiraame, terpaksa merayakan sambutan Deepavali di perantauan buat tahun keempat berturut-turut meskipun pada usia yang terlalu muda.
Anak kecil berusia sembilan tahun itu mula berlatih di Latvia sejak Mac tahun lalu dan memperoleh kejayaan terbarunya dengan memenangi gelaran naib juara Piala Narva di Estonia pada penghujung bulan lalu.
Dia juga telah mengumpulkan lebih 50 pingat emas daripada pelbagai peringkat dan memahat nama dalam Buku Rekod Asia selaku atlet termuda memenangi medal dalam acara luncur ais di peringkat antarabangsa pada 2019.
Walaupun terpaksa merayakan festival itu di luar negara, Sree Abiraame berjanji akan tetap meneruskan usahanya mengharumkan nama negara dan akan membuat yang terbaik dalam Piala Tomas 2021 di Lithuania bermula minggu depan.
"Saya akan terus berlatih bersungguh-sungguh untuk memberikan keputusan terbaik dalam satu lagi pertandingan yang saya akan mewakili negara Malaysia, iaitu dalam Piala Tomas 2021.
"Saya mampu melakukannya," katanya kepada Nadi Arena.

Peluncur cilik Malaysia, Sree Abiraame bertekad akan buat yang terbaik dalam kejohanan di Estonia dan Latvia. You can do it, Abiraame! Good luck ! pic.twitter.com/3MZWbmtA9K

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Luncur ais #Sree Abiraame