Prestasi Ng Eain Yow jauh berbeza berbanding dalam Kejohanan Qatar Klasik, bulan lalu, yang menyaksikan dia mengukuhkan kedudukan daipada ranking ke-30 terbaik dunia ke tangga ke-27.

Bagaimanapun, pertemuan dengan wakil tuan rumah, Omar Mosaad, dalam Terbuka CIB Black Ball di Mesir tidak mencerminkan kemampuan sebenarnya apabila tersingkir dallam pusingan pertama selepas tewas straight set, semalam.

Dalam masa sama, Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), turut berkongsi perkembangan semasa kecederaan pemain wanita, Aifa Azman.

"Fizikal Omar sekali ganda lebih besar daripada Yow.

"Yow harus belajar untuk berdepan perlawanan seperti ini, Omar menguasai permainan dengan sangat baik sementara Yow gagal menjelmakan strateginya.

"Ini satu pelajaran yang baik buatnya sekiranya berhajat berada dalam kelompok 20 terbaik," kata Pengarah Kejurulatihan SRAM, Mejar (B) P. Maniam.


Men's Black Ball Open Day Three coming up in Cairo - sixteen seeds fighting it out for eight quarter-final spots ... http://blackballsquashopen.com/2020-mens-gold-round-two

Posted by Squashsite on Tuesday, December 15, 2020


Minggu lalu, Aifa mengalami kecederaan buku lali kanan dalam aksi separuh akhir kejohanan simulasi berpasangan dalaman di Bukit Jalil minggu lalu.

"Dia semakin beransur-ansur untuk kembali, dia mengambil pendekatan berwaspada selepas ditimpa kecederaan.

"Dia sedang menjalani persiapan seorang diri.

"Dia pernah dibelenggu kecederaan itu tetapi kami berusaha untuk menguatkan otot di bahagian berkenaan," katanya lagi.