Marcus Rashford akan bangkit berikutan kegagalan menyempurnakan sepakan penalti ketika bertemu Itali serta tidak disisihkan daripada tugas tersebut buat Manchester United, menurut Ole Gunnar Solskjaer.

Pemain berusia 23 tahun itu merupakan antara satu daripada tiga pemain England gagal menyempurnakan penalti ketika tewas dalam final Euro 2020 kepada Itali, percubaannya sekadar terkena tiang gol.

Rashford, bersama Jadon Sancho dan Bukayo Saka, berdepan kecaman berbentuk perkauman di media sosial, mendorong tindak balas marah daripada Persatuan Bolasepak England (FA), Perdana Menteri UK, Boris Johnson dan pengurus Three Lions, Gareth Southgate.

Mural Rashford du Manchester diconteng selepas perlawanan, namun penyokong telah menutupnya dengan mesej positif buat produk akademi United itu, yang memuatnaik mesej terima kasih penuh beremosio di media sosial Isnin lalu.

Pengendali United, Solskjaer, memahami kekecewaan Rashford kerana gagal menyempurnakan penalti dalam perlawanan penting dan memuji penyerang itu untuk berada dalam situasi tersebut.

"Apabila anda tampil untuk mengambil sepakan penalti, saya berasakan anda sudah menang," kata Solskjaer.

"Anda mengambil tanggungjawab besar dan ramai pemain berharap untuk tidak diberikan tanggungjawab untuk melakukannya.

"Jadi saya berasakan setiap keputusan yang diambil, terdapat kesan dan akibatnya. Anda boleh menjadi wira atau mereka gagal menyempurnakannya. Itulah bolasepak. Anda belajar dan bangkit.

"Saya mengetahui Marcus seorang yang sentiasa bersedia dan tampil ke hadapan mengambil sepakan penalti buat kami."