Dua perseorangan negara, Ng Eain Yow dan Aifa Azman, mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia selepas menewaskan lawan masing-masing di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Pilihan ketiga acara perseorangan lelaki, Eain Yow, tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain pilihan keenam dari Switzwerland, Nicolas Mueller.

Eain Yow hanya memerlukan 25 minit untuk meraih kemenangan 11-6, 11-5, 11-5 bagi meneruskan pemburuan tempat ke final.



Sementara itu, Aifa turut mempamerkan aksi cemerlang dalam acara perseorangan wanita selepas menewaskan pemain Mesir, Hana Ramadan.

Pemain berusia 19 tahun itu menghabis 26 minit di atas gelanggang untuk mencatatkan kemenangan 11-9, 11-9, 11-5 untuk bertemu pilihan kelima dari Kanada, Danielle Letourneau, dalam separuh akhir esok.



Keputusan lain:
Rachel Arnold kk Salma Hany 3-11, 11-8, 11-6, 6-11, 6-11