Kejutan berlaku di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil hari ini apabila skuad lelaki negara tewas mengejut dalam separuh akhir berpasukan kepada Filipina, sekaligus meranapkan aspirasi menyapu bersih tujuh pingat emas Sukan SEA Ke-29.

Malaysia selaku pilihan utama mempertahankan emas kategori ini dijangka tidak ada masalah melangkah ke final.

Bagaimanapun, kekalahan straight set 8-11, 3-11, 7-11 pemain utama negara, Ng Eain Yow, kepada Robert Andrew Garcia nyata menyuntik semangat Filipina.

Darren Rahul Pragasam berjuang habis-habisan tetapi tidak memadai untuk menghalang lalun Filipina ke final. Wakil negara itu tewas 11-6, 8-11, 7-11, 11-4, 8-11 kepada Juan Rafael Yam.

"Saya rasa Filipina bermain lebih baik daripada kami hari ini. Kami akan menilai kesilapan kami agar dapat bangkit lebih baik selepas ini. Bagi saya itu sahaja puncanya, Filipina bermain dengan lebih baik.

"Mereka agak terkesan seperti yang saya telah jangkakan. Kami tidak pernah tewas dalam acara ini sejak ia dipertandingkan. Tetapi saya yakin kami akan bangkit semula," kata pengurus pasukan, Nik Razeen Daud.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.