Kejohanan di Bangkok itu merupakan platform untuk menguji kemampuan bakat muda negara.
Antara yang mencuri tumpuan dalam edisi ini ialah Aira Azman, 15, yang mengetuai kemenangan Malaysia menewaskan skuad senior Filipina 3-1 dalam final acara berpasukan.
Terdahulu, Aira turut membawa pulang gelaran individu wanita manakala seorang lagi pemain negara, Duncan Lee, mengungguli acara lelaki.
"Ia merupakan pendedahan buat pemain remaja kerana mereka akan dipilih untuk mewakili skuad senior," kata ketua jurulatih skuad negara, Ajaz Azmat.
"Pendedahan ini amat baik buat mereka.
"Dan apabila mereka memenangi kejohanan ini, ia memberikan mereka lebih keyakinan.
"Kesemua mereka bermain dengan amat baik dan menewaskan pilihan utama.
"Ia membuktikan bahawa kami memiliki skuad pelapis yang baik," katanya.
Squash: Aira stars as Malaysia clinch third straight SEA Cup | The Star Online https://t.co/rr6T4fSQiR
— #TeamMALAYSIA ?? (@AtletMalaysia) February 24, 2020