Skuad skuasy negara dikecewakan masalah teknikal yang menghalang mereka daripada terbang ke Mesir untuk beraksi dalam Terbuka Antarabangsa El Gouna.

Tiga pemain wanita, Low Wee Wern, Rachel Arnold dan Aifa Azman termasuk pemain senior lelaki, Ivan Yuen, sepatutnya berangkat ke kejohanan itu awal pagi semalam.

Tetapi mereka tidak dibenarkan untuk menaiki penerbangan tersebut itu sebaik menyedari mereka tidak mengambil suntikan vaksin polio.

"Dengan segala dokumen sudah lengkap, kami hanya mendapati situasi sebenar di kaunter pelepasan (di lapangan terbang).

"Surat daripada kedutaan Malaysia di Kaherah bertarikh 25 Mac lalu menyatakan perjalanan dari Malaysia perlu mendapatkan suntikan polio sebelum empat minggu terakhir (penyertaan ke kejohanan) jadi kami masih tidak dapat berlepas," katanya ketika dihubungi wakiol Astro Arena, Shahrazad Sani, hari ini.





Bagaimanapun, Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) akan memastikan penyertaan mereka dalam kejohanan bulan depan tidak berakhir dengan kekecewaan seperti kali ini.

"Atlet berasa kecewa memandangkan sudah lama tidak berkesempatan menyertai kejohanan antarabangsa. Jadi mereka agak kecewa tetapi mereka perlu teruskan usaha.

"Mereka perlu bersedia menghadapi kejohanan di Washington (Squash on Fire di Amerika Syarikat) diikuti Terbuka Dunia."