Atlet ski air lelaki negara, Syahir Asyraf Nasir, turut menghadiahkan pingat buat Malaysia, kali ini menerusi acara slalom setelah mengutip 753.25 mata untuk meraih perak dalam aksi di Kompleks Sukan Air Putrajaya, sebentar tadi.

Dia berada di belakang pemenang emas dari Singapura, Mark Leong, dengan catatan 1000.00 mata sementara gangsa menjadi milik Muhammad Zahidi Putu dari Indonesia dengan catatan 571.43 mata.

Bagi acara jump, Syahir sekadar berada di tangga ketiga dengan lompatan 14.5 meter, sekaligus gagal menyaingi cabaran dua wakil Indonesia, Zahidi (48.5m) dan Ade Hermana Kadir (40.0m).



Gambar kredit: Facebook Berita Harian Online

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.