Atlet ski air wanita negara, Aaliyah Yoong, berjaya membutirkan satu lagi pingat emas buat Malaysia menerusi acara tricks, sekaligus meraih emas ketiga peribadi dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Kompleks Sukan Air Putrajaya, sebentar tadi.

Dia mencatat 5,800 mata dan meninggalkan jauh peserta di tangga kedua dari Singapura, Sabelle Kee, dengan kutipan mata 3,450 mata sementara 3,380 mata meletakkan wakil Indonesia, Nur Alimah Priambodo, di tempat ketiga.

Aaliyah sebelum ini meraih dua emas menerusi acara keseluruhan ski air dan jump, termasuk memecahkan rekod kebangsaan selama 20 tahun milik kakaknya, Phillipa Yoong.


Gambar kredit: Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.