Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula beberapa terma dalam kontrak Sistem Tier bagi memenuhi permintaan penerjun kebangsaan, Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri, untuk menyertai program itu minggu depan.

MSN bertindak pantas bagi memastikan isu tersebut diselesaikan secepat mungkin.

Ia kerana MSN sudah merujuk kepada peguam mereka dan kedua-dua penerjun berkenaan juga sudah merujuk kepada pengurus mereka bagi mencari jalan penyelesaian terbaik dengan mengubah beberapa terma dalam kontrak tersebut.

Seramai 501 atlet, termasuk Datuk Lee Chong Wei dan Azizulhasni Awang, sudah menandatangani kontrak mereka.

Berdasarkan perbincangan lisan, MSN yakin kontrak tersebut akan ditandatangani kedua-dua penerjun itu sebaik mereka pulang daripada Siri Terjun Dunia di Sagamihara, Jepun yang bermula Jumaat ini.

Skuad terjun negara dijangka pulang ke tanah air minggu depan.

Untuk mengikuti perkembangan isu ini, saksikan Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.